Header Ads

Gelagat Peminat Cilik Bermesra Dengan Sultan Nazrin Jadi Tular Di Media Sosial


Pengalaman dapat bersalam serta bergambar dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Permaisurinya, Tuanku Zara Salim adalah satu kenangan yang terindah di dalam hidup seorang kanak-kanak yang comel dari Singapura ini.

Reaksi dan gelagat si comel yang bersahaja ini telah menarik perhatian netizen apabila rakaman video yang memaparkan kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun ini melambai-lambai Sultan Perak yang amat disayangi rakyat itu ketika ketibaan Sultan di Hotel Syeun, Ipoh.

Baginda kelihatan amat mesra dan mendekati kanak-kanak terbabit serta menegurnya lalu bergambar untuk kenang-kenangan si cilik itu yang turut menarik perhatian orang ramai yang berada di hotel terbabit.

Rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ong Maggie telah menjadikan kanak-kanak ini popular kerana saat-saat manis bertemu dengan Sultan tidak akan dapat dirasai oleh semua orang.


Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Ong Maggie di Facebook miliknya, dia menjelaskan, kanak-kanak berkenaan adalah seorang model cilik daripada Singapura yang kebetulan menginap di hotel tersebut.

Sehingga kini rakaman video berkenaan telah ditonton lebih dari 400,000 orang semenjak dimuat naik oleh Ong Maggie pada 13 Mei lalu. Rata-rata netizen memuji Sultan Nazrin yang disifatkan sebagai seorang Sultan yang berjiwa rakyat malah amat disenangi oleh semua orang. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.