Header Ads

Hentikan Sebarang Provokasi - AJK Surau Austin Perdana Dan Ketua Komuniti Kaum Tiong Hwa Capai Kata Sepakat, Kes Selesai


Susulan kes salah faham akibat seorang pemandu Toyota Camry yang membunyikan hon baru-baru ini, para Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Austin Perdana telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi mencapai kata sepakat dengan masalah yang berkaitan.

AJK Surau Austin Perdana bersama Ketua Cawangan Khas Johor Bahru Selatan, Ketua Balai Polis Setia Indah, Ketua Komuniti Kaum Tiong Hwa Mukim Tebrau, Pegawai Majlis Agama Islam Johor serta beberapa jemaah kariah Surau Austin Perdana telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan demi keharmonian negara.

Walau bagaimanapun, ketika pertemuan itu dilakukan pemandu berkenaan tidak berada di lokasi itu kerana pihak pengurusan surau telah pun menyelesaikan masalah berkenaan semasa perjumpaan yang diadakan di balai polis tersebut pada hari kejadian.

Menerusi jurucakap surau terbabit, perjumpaan itu telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan kes berkenaan dianggap selesai setelah kesemua pihak bersetuju mengatakan kes ini sudah selesai secara diplomasi serta mengharapkan tiada pihak menimbulkan sebarang provokasi yang berbentuk perkauman bagi mengekalkan keharmonian sesama kaum. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.