Header Ads

Ini Fitnah Semata-Mata, Kami Berlima Bukannya Seorang Pramugari - Wanita Yang Jadi Mangsa Viral


PUTRAJAYA - Seorang wanita yang telah menjadi mangsa viral di laman sosial oleh satu pemilik page di Facebook tampil menjelaskan bahawa beliau bukannya wanita seperti yang didakwa iaitu seorang pramugari yang terlibat dengan kes dadah di laporkan oleh akhbar baru-baru ini.

"Ini semua fitnah," jelas salah seorang wanita itu di laman yang tidak bertanggungjawab itu. Laman berkenaan telah menyebarkan gambar sekumpulan wanita yang didakwa sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan yang ditahan Jumaat lalu kerana positif dadah.

Wanita terbabit Anys Estella, terkejut dan kesal dengan tindakan pengendali sebuah laman Facebook yang telah memfitnahnya dan rakan-rakannya. Dia meminta semua netizen berhenti dari menyebarkan gambar tersebut memandangkan itu adalah bukan dirinya.


"Kami berlima bukan pramugari. Tolong henti sebarkan perkara yang tidak sahih ini dan ini semua adalah fitnah. Nama kami berlima juga tiada dalam senarai (fakta kes) itu pun," jelasnya lagi.

"Nama saya pun tiada tersenarai. Kenapa ada gambar saya?" soal wanita terbabit di laman berkenaan..

Gambar sekumpulan wanita itu dimuat naik di laman Facebook tersebut sejak semalam. Walaupun kedua mangsa fitnah ini telah merayu dan memohon kepada pemilik laman terbabit, namun sehingga sekarang masih belum ada sebarang tindakan yang dfiambil menyebabk kedua-dua merasa kecewa dengan tindakan pemilik laman berkenaan.

Dek kerana fitnah itu wanita terbabit dan rakan-rakannya telah dikecam teruk di media sosial. Rata-rata netizen yang memahami keadaan mereka telah menasihatkan wanita terbabit agar segera membuat laporan polis untuk kebaikan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.