Header Ads

Jangan Sesekali Cuba Nak Beli Kereta Dari Negara Jepun Kalau...


Anda ingin beli kereta? Fikirlah dulu sebaiknya dan tidak semestinya boleh dibeli begitu saja tanpa fikirkan beberapa lagi perkara yang harus diambil kira agar tidak menyesal di kemudian hari. Lainlah, kalau anda seorang jutawan, boleh beli apa saja.

Anda ingin beli kereta import? Dari negara Jepun? Jangan beli dulu, sila baca perkongsian dari lelaki ini, mungkin anda mendapat sesuatu yang anda cari selama ini.

Oleh:
Khalid Hamid

Maaf jika post ni menyinggung sesiapa. Saya tak mahu anda buat kesilapan yang sama macam saya dulu. Bacalah dengan hati terbuka. Nescaya anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan.

Dulu saya pakai Myvi 3 tahun, lepas tu Mitsubishi Lancer 2.0 selama 1 tahun (sebenarnya nak beli Honda Civic tapi masa tu dia nak keluar model baru. Dari 2013 sampai sekarang saya pakai Merc C200 second hand. 2015 tambah lagi satu, Mini Cooper S baru.


Kepuasan kereta takkan pernah berhenti. Pakai Myvi, nak City. Dapat City, nak Civic. Dapat Civic, nak Accord pulak. Begitulah seterusnya. Kan?

Nasihat saya, jangan beli kereta Jepun kalau anda nak "nampak berjaya". 2 je brand yg dikaitkan dengan kejayaan di Malaysia ni, iaitu Mercedes & BMW. Lain dari tu anda tak akan kelihatan seperti orang berjaya (walaupun kereta tu lagi mahal). Contohnya Jaguar & Renault, bukan ramai orang kenal pun. Anda mesti nak kereta yang memberikan good impression kan?

Kereta Jepun baru VS Merc / BMW 2nd hand, orang lagi pandang Merc / BMW 2nd hand tu. Dulu saya pakai Lancer ia membawa imej salah tentang saya iaitu saya ni "mat kereta" @ "mat racing". Begitu juga Civic. Sebab tu saya pakai Lancer tu kejap je. City & Vios = Eksekutif. Viva / Kancil = Student. Myvi / Saga = Fresh grad. Accord / Camry = Boss yang baru naik pangkat.

Nampak tak? Kereta boleh memberikan impression & juga impak kepada imej anda. Sejak pakai Mercedes saya dah hilang nafsu pada kereta. Takde rasa nak upgrade dah. Kalau pakai Myvi dulu asyik rasa nak upgrade je.


TAPIII... macam saya cakap, ni kalau untuk mencipta impression @ imej berjaya sahaja. Kalau memang impian anda dari kecik nak pakai Lancer @ Civic, pakai lah. Namun, janganlah salah beli kereta. Kereta macam Volvo, Ford, Peugeot, Citroen & VW cepat turun harga woo. Spare part pun mahal 😱 Loan dah la 5-9 tahun kan.
.
Merc saya tu dah 4 tahun mana ada problem sangat. Enjin pun nampak macam baru walaupun jarang buat "engine wash". Interior pun tip top. Continental car walaupun 2nd hand ia tetap mantap, tapi kena pilih betul2 lah.

No comments

Powered by Blogger.