Header Ads

Jururawat Terpaksa Letak Jawatan Apabila Gambarnya Berpakaian Seragam Dikatakan Seksi Jadi Tular


Seorang jururawat di Thailand terpaksa letak jawatan apabila gambarnya berpakaian seragam yang dikatakan seksi jadi tular di media sosial dan turut tidak disenangi oleh pihak pengurusan, lapor Express.co.uk.

Parichat Pang Chatsri yang berusia 26 tahun, tidak menyangka gambarnya yang memakai pakaian seragam dan dikatakan ketat serta seksi itu menjadi perbualan netizen sehingga kini.

Menurut laporan, gambarnya itu turut tersebar ke laman web Thai Nurse Lovers Association yang menyebabkan beliau dikecam serta mencalarkan profesionnya sebagai seorang jururawat.



Chastri dikatakan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapannya yang dikatakan tidak disengajakan itu serta turut menjelaskan kepada pihak pengurusan hospital berhubung gambarnya itu, namun mereka menganggap kejadian berkenaan telah merendahkan imej hospital itu sendiri.

Menurut Chapstri, saya memahami dan disebabkan itulah saya terpaksa meletakkan jawatan. Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta hospital keseluruhannya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.