Header Ads

Jutawan Muda Barang Ciplak Yang Terkenal Kini Dicekup? Netizen Bijak Jalankan Siasatan Sendiri Dan Yakin Siapa Lelaki Berkenaan


Media sosial hari ini gempar apabila akhbar terkenal Harian Metro telah mendedahkan satu berita yang membabitkan kisah seorang jutawan ciplak yang dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila individu terbabit menjual barangan tiruan secara online di media sosial.

Jutawan muda terbabit sememangnya amat dikenali netizen dan juga turut digelarkan sebagai Sifu Perniagaan Online, malah dikatakan sering mengadakan kelas atau ceramah untuk berkongsi ilmu perniagaannya kepada orang ramai yang berminat.

Memetik laporan Harian Metro, menerusi siasatan unit forensik khas KPDNKK Putrajaya, mereka berjaya menangkap jutawan muda yang dikatakan kacak itu. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan siapakah lelaki yang telah ditangkap itu, tetapi netizen lebih tahu dan bijak menilai serta dapat meneka siapakah pemuda atau jutawan muda itu yang telah ditahan pihak berkuasa.




Manakala, di laman sosial Twitter, rata-rata netizen dapat meneka siapakah lelaki terbabit yang dikatakan sangat terkenal serta aktif di laman sosial. Ada beberapa netizen juga telah melakukan siasatan mereka sendiri berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan di dalam laporan berita berkenaan, malah mereka amat yakin siapakah lelaki terbabit.



Difahamkan, netizen juga dapat mengesan lokasi kediaman lelaki berkenaan yang dikatakan telah diserbu oleh pihak KPDNKK itu dan turut mengatakan kediaman itu dilihat hampir serupa dengan beberapa gambar yang pernah dikongsikan oleh jutawan muda berkenaan.

Ada netizen juga bijak menilai dan ingat kedudukan pintu masuk serta satu penapis air yang berada di tempat yang sama masih lagi berada di situ berdasarkan gambar lelaki terbabit yang dikongsikan di laman sosial sebelum ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.