Header Ads

Kanak-Kanak 12 Tahun Lahirkan Bayi Dari Benih Bapa Kandung


Kehidupan di dunia seolah-olah tidak bermakna lagi bagi Bunga yang berusia 12 tahun apabila harapan serta impiannya yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru hancur sama sekali apabila diperlakukan dengan kejam oleh bapanya sendiri sehingga melahirkan seorang bayi yang tidak berdosa.

Betapa deritanya seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang sepatutnya pada ketika ini berada di bangku sekolah tetapi terpaksa berbaring di hospital kerana terpaksa melahirkan anak dari benih bapanya yang durjana itu.

Memetik laporan Tribun Medan, sewaktu pemberita datang menemui Bunga di hospital Balitung di Kampung Nibung, Bunga kelihatan seperti bingung dengan pandangan kosong memerhati gelagat kedatangan media yang ingin menemuramahnya.

Kelihatan beberapa orang yang kelihatan sedih dan terharu apabila melihat Bunga yang didampingi ibunya itu. Bunga lalu menceritakan bagaimana kejadian malang itu berlaku. Terpancar kesedihan dan penderitaan yang dilaluinya ketika melontarkan kata-kata untuk pengetahuan umum.

Menurut laporan. kejadian itu berlaku pada penghujung September tahun lalu, apabila bapanya telah merogol Bunga secara paksaan dan melakukan hubungan jijik itu ketika ketiadaan ibunya di rumah. Apalah daya kanak-kanak ini untuk melawan tenaga seorang lelaki yang gagah iaitu bapa kandungnya sendiri.

Bunga memberitahu, perlakuan jijik itu dilakukan bapanya beberapa kali dan berlanjutan sehinggakan dia diugut akan dibunuh sekiranya menceritakan kejadian berkenaan kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada ibunya sendiri.

Setelah berbulan lamanya, Bunga telah disahkan mengandung hasil daripada hubungan bapanya dan semenjak itu Bunga telah dikurung di rumah serta langsung tidak benarkan keluar atau pergi ke sekolah agar perbuatan jijik bapanya itu tidak diketahui orang.

Manakala, ibunya sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kerana ibunya juga turut diugut dan bapanya akan membunuh Bunga serta adik perempuannya yang berusia 4 tahun sekiranya perkara tersebut diceritakan kepada orang lain.

Perkara yang paling menyedihkan adalah bapanya itu merupakan seorang guru agama yang amat dihormati di kampung mereka malah ramai yang tidak mempercayai bahawa bapa sanggup melakukan perbuatan itu dan penduduk kampung sangat terkejut dengan berita ini.

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Segala perlakuan dan perbuatan bapanya itu akhirnya dapat juga dihidu oleh jiran-jiran mereka apabila jirannya sendiri terdengar tangisan bayi di dalam rumah suspek, dek kerana isteri suspek tidak lagi mengandung, jirannya yang sedari awal telah merasa curiga terus melaporkan perkara berkenaan kepada ketua kampung mereka.

Semenjak itu, semua tipu daya suspek telah terbongkar dan suspek juga dikatakan hampir menjadi mangsa akibat keganasan dan kemarahan orang-orang kampung apabila mendapat tahu tentang kejadian yang amat menyedihkan itu.

Menurut sumber, suspek kini telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sejak semalam serta telah dikenakan hukuman penjara selama 9 tahun di atas perbuatannya itu.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Bangka Balitung, Sapta Qadria Muahfi Sh, menyarankan kepada hakim yang menjalankan tugas agar suspek dihukum dengan lebih lagi memandangkan beliau menganggap hukuman yang diterima suspek tidak setimpal dengan perbuatannya dan juga penderitaan dan kesedihan yang ditanggung oleh Bunga selama ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.