Header Ads

Kerana Berang Suami Berlaku Curang Seorang Isteri Dengan Kejam Melumurkan Cili Di Kemaluan Perempuan Simpanan

VIETNAM - Kerana marah dan rasa cemburu yang amat sangat apabila mendapat tahu suaminya ada perempuan simpanan, seorang isteri tidak lagi mampu menahan kemarahannya lalu bertindak menyerang wanita terbabit dengan melumurkan serta memandikan wanita itu dengan cili di alat sulit wanita tersebut, lapor Docbao.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 24 April lalu di Vietnam serta menjadi tular dengan pantas di media sosial di seluruh dunia.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila si isteri telah membuat keputusan untuk mengekori suaminya yang sedang menuju ke sebuah hotel lalu menangkap suaminya itu yang sedang berduaan dengan perempuan simpanannya di dalam bilik hotel.

Setelah gagal menahan kemarahannya, wanita terbabit dikatakan menendang muka perempuan simpanan suaminya itu sebelum bertindak melumurkan beberapa cili yang dipercayai dicampurkan dengan garam di kemaluan perempuan berkenaan menggunakan sarung tangan yang dibawanya.

Kekasih suaminya itu dikatakan merayu dan menangis minta dilepaskan serta memohon jangan diperlakukan sebegitu. Lelaki terbabit juga meminta isterinya memberhentikan perbuatan itu, walau abgaimanapun, isterinya langsung tidak mengendahkan kata-kata mereka dan terus bertindak melumurkan cili di kemaluan perempuan berkenaan.

Ekoran kejadian yang kecoh itu menjadikan orang ramai datang untuk melihat apakah yang sedang berlaku, lalu mangsa dilepaskan oleh wanita terbabit.

Rata-rata netizen di media sosial mengatakan tindakan seorang isteri sedemikian rupa adalah dianggap keterlaluan dan suami wanita berkenaan yang harus dihukum bukannya perempuan simpanan berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.