Header Ads

Kerana Cemburu Isteri Dengan Lelaki Lain, Seorang Suami Menikam Isterinya Sehingga Mati

Foto Berita Harian
MIRI - Kerana menemui isterinya bersama lelaki lain seorang lelaki dipercayai warga Indonesia sanggup membunuh isterinya dengan menikam wanita itu sehingga mati di kuarters ladang kelapa sawit di Kuala Baram, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian 6 pagi itu seorang pekerja ladang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Polis menahan suspek yang berusia 27 tahun itu pada jam 8 pagi di kawasan ladang berkenaan setelah pekerja ladang terbabit melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita terbabit yang berusia 24 tahun juga warga Indonesia telah ditikam di bahagian dada dengan menggunakan senjata tajam yang dipanggil 'bidik'.

Jelasnya lagi, polis masih melakukan siasatan terperinci mengenai waktu mangsa ditikam. Melalui siasatan awal polis mendapati mangsa telah ditikam dan suspek bertengkar dengan isterinya kerana cemburu selepas mangsa ditemui bersama seorang lelaki lain sebelum itu.

Ekoran pertengkaran suspek dan isterinya itu, suspek dipercayai telah hilang pertimbangan diri sebelum bertindak menikam isterinya di bahagian dada sebanyak dua kali dan melarikan diri setelah itu.

Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Miri untuk dilakukan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments

Powered by Blogger.