Header Ads

Kerana Cemburu Wanita Idaman Dikebas Orang, Lelaki Ditikam Mati Dengan Keris

Pekan Baru - Kerana berang gadis idaman dibawa lelaki lain dan diajak minum di sebuah kafe, seorang lelaki tidak dapat menahan kemarahannya lalu menikam lelaki berkenaan dengan sebilah keris yang menyebabkan mangsa meninggal dunia, lapor Harian Metro.


Memetik laporan dari beritariau.com, dalam kejadian pada minggu lalu itu Sabiri atau Win, 28 telah menikam Erwin Fremki Siringo atau Ringo, 33, kerana tidak mampu menahan rasa cemburunya apabila gadis yang dicintainya itu dilihat bersama Ringo.

Sabiri dikatakan telah lama jatuh cinta dengan Wit, wanita yang disukai Sabiri dan dia juga dipercayai kerap kali memarahi Ringo serta mengancam mangsa agar tidak keluar bersama Wit.

Walau bagaimanapun, ancaman dan kemarahan Sabiri langsung tidak diendahkan oleh mereka berdua yang mengakibatkan Sabiri telah hilang kesabaran sebelum menikam mangsa

Minggu lalu, Sabiri mendapat maklumat bahawa Wit dan Ringo sedang makan bersama di sebuah kafe, lalu Sabiri dengan segera pergi ke kafe berkenaan dengan membawa sebilah keris.

Apabila Sabiri tiba di kafe terbabit, dia dengan segera memukul Ringo dan menikam mangsa sebanyak dua kali di bahagian perut sebelum Sabiri beredar melarikan diri.

Menurut sumber, Ringo telah dikejarkan ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya, namun dia disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital, manakala Sabiri dikatakan bersembunyi di rumah keluarga dan telah berjaya ditahan polis setelah ditembak di kaki kerana tidak berkerjasama dan cuba melawan pihak polis.

No comments

Powered by Blogger.