Header Ads

Kerana Konflik Dengan Ibu Kekasih, Gadis Dibunuh Oleh Teman Lelakinya Selepas Membuat Lamaran


Palembang - Seorang wanita maut apabila dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya setelah lamaran lelaki terbabit ditolak keluarga wanita berkenaan, lapor Harian Metro.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Suyanto, 24 tahun dikatakan telah berkunjung ke rumah kekasihnya itu, Sonya, 19 tahun di daerah Sukawinatan dengan tujuan untuk bertemu ibu kepada wanita berkenaan.

Fatimah, 33 tahun kakak kepada Sonya memberitahu, Suyanto adalah seorang pelajar Universiti PGRI di Palembang ada menyuarakan hasratnya untuk melangsungkan perkahwinan dengan adiknya itu yang masih lagi belajar di Universiti Bina Darma yang juga terletak di Palembang, katanya.

Menurut Fatimah lagi, ibunya ada memaklumkan kepadanya bahawa ibu langsung tidak bersetuju serta tidak ingin merestui perkahwinan mereka itu.

Kata ibunya, sekiranya Suyanto ingin memperisterikan anaknya dia harus datang melamar anaknya itu dengan cara baik, kata Fatimah lagi.

Kata-kata ibunya membuatkan Suyanto menjadi marah lalu menarik Sonya menuju ke dalam sebuah bilik sehingga terjadinya pertengkaran di antara mereka.

Tidak beberapa lama selepas itu kendengaran suara Sonya meminta pertolongan, Fatimah dan ibunya bertindak memecahkan pintu bilik sebelum kelihatan Suyanto sedang memangku Sonya yang dalam keadaan berlumuran darah yang dipercayai terkena tikaman.

Ekoran kejadian itu, Sonya dikejarkan ke hospital, namun Sonya telah disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital.

Selepas kejadian yang menyayat hati itu berlaku, Fatimah berkata, Suyanti didapati telah melarikan diri mungkin kerana ketakutan. Sonya juga dipercayai sememangnya menpunyai konflik dengan ibunya.

Sementara itu, jurucakap polis Yon Edi memberitahu, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat ditikam dengan pisau sebanyak empat kali pada badan dan dadanya.

Walau bagaimanapun, suspek akhirnya berjaya ditangkap setelah beberapa jam keluarga mereka membuat laporan polis tentang kematian Sonya.

Suyanto ditahan polis untuk siasatan lanjut dan dia juga telah didakwa atas tuduhan membunuh.

No comments

Powered by Blogger.