Header Ads

Kerana Mencari Rezeki Seorang Lelaki Sanggup Menyelam Dalam Air Najis Untuk Baiki Saluran Pembentungan Yang Tersumbat


BANGLADESH -Kerana niat ingin mencari rezeki yang halal, seorang lelaki sanggup menyelam ke dalam lubang yang dipercayai dipenuhi dengan segala jenis kekotoran yang akan membuatkan seseorang itu boleh loya dan muntah sekiranya melakukan kerja ini, lapor Daily Mail.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki dari Bangladesh ini, beliau mencari rezeki dengan membaikpulih saluran pembentungan di bandar Dhaka dan merupakan pekerja dari syarikat Dhaka Corporation.

Menerusi laporan, lelaki ini menjalankan tugasnya tanpa dilengkapi sebarang kelengkapan dan telah mengabaikan langkah-langkah keselamatan diri serta tidak mempunyai topeng muka bagi melindungi wajahnya daripada terkena kekotoran dan juga wap yang dipercayai beracun yang dihasilkan dari kumbahan berkenaan.









Beliau juga dikatakan mengorek keluar najis atau kekotoran yang tersangkut menggunakan tangan tanpa dibantu alat lain selain sebatang kayu panjang untuk memastikan saluran pembentungan di bandar berkenaan baik dan lancar.

Dhaka dilaporkan mempunyai ramai penduduk dengan kepadatan sebanyak 14 juta dan tidak lama dahulu telah dilanda hujan yang lebat dan banjir yang besar yang mengakibatkan sistem saliran bandar berkenaan tidak dapat menampung dan menyimpan jumlah air hujan yang dikatakan telah melebehi paras normal.

Difahamkan, biarpun jumlah kematian yang disebabkan pekerjaan pembentungan semakin meningkat setiap masa, para pekerja di bandar itu dikatakan sehingga kini masih lagi tidak dibekalkan dengan peralatan yang sepatutnya dan mereka dikatakan harus membuat kerja-kerja kotor berkenaan biarpun terpaksa berdepan dengan maut. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.