Header Ads

Kerana Terbeli iPhone 6 Palsu Rupa-Rupanya Hanya Casing Sahaja Seorang Lelaki Alami Kerugian RM300



BATU PAHAT, JOHOR - Seorang lelaki telah mengalami kerugian sebanyak RM300 apabila terbeli casing iPhone 6 yang disangkakan telefon sebenar yang dijual oleh seorang lelaki yang tidak kenali.

Kejadian itu berlaku di pasar raya Cowboy Batu Pahat pada 2 Mei lalu, seorang lelaki menawarkan kepada mangsa untuk menjual iPhone miliknya dengan harga yang murah kerana memerlukan duit dengan segera untuk pulang ke Singapura.

Menurut teman wanita mangsa seperti yang diceritakan di akaun Facebook miliknya, Scha Kyla, lelaki itu memberikan iPhone berkenaan kepada mangsa dan sebelum itu lelaki terbabit berkata, dia ingin mengambil semula kad sim miliknya yang berada di dalam telefon berkenaan sebelum dijual kepada mangsa.




Jelas Scha lagi, beliau langsung tidak nampak suspek menukarkan kad sim dari iPhone tersebut dan memberikan iPhone mainan kepada mangsa. Apabila sampai ke kereta, barulah mereka sedar bahawa mereka telah ditipu oleh lelaki terbabit.

Walau bagaimanapun, menurut Scha lagi, dia sempat mendapatkan nombor telefon lelaki berkenaan iaitu 011-51163988.

Melalui rakaman video yang telah dimuat naik, suspek kelihatan berpaling ke belakang setelah mengeluarkan kad sim miliknya dan pada ketika itulah dia menukarkan iPhone 6 berkenaan kepada casing sebelum mennyerahkannya kepada mangsa.


Setelah mangsa memberikan wang berjumlah RM300 seperti dijanjikan, suspek dengan segera mengarahkan mangsa menyimpan iPhone 6 berkenaan kerana dikatakan risau apabila dilihat oleh orang ramai. Mangsa hanya mengikut saja dan terus menyimpan telefon tersebut di dalam poket seluarnya tanpa membuat sebarang pemeriksaan.

Oleh itu, Scha menyeru kepada orang ramai agar berwaspada sekiranya terjumpa dengan lelaki terbabit. Scha juga berkata, telah ramai yang menjadi mangsa penipuan oleh lelaki seperti ini yang dikatakan sering melakukan kegiata seumpama ini berkumpulan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.