Header Ads

Kerana Tidak Tahan Dipaksa Mengadakan Hubungan Seks Sepanjang Dua Malam Seorang Isteri Buat Laporan Polis Untuk Dapatkan Rawatan

KUCHING - Seorang wanita yang tidak lagi mampu untuk menahan penderitaan dan kesakitan di bahagian alat sulitnya akibat dipaksa suaminya untuk melakukan hubungan seks sepanjang dua malam pada hari berbeza, akhir membuat laporan polis, lapor Utusan Borneo.


Seperti yang dilaporkan, kejadian berkenaan telah berlaku di Taman Semariang, manakala mangsa berusia 46 tahun mendakwa bahawa dia pernah diugut bunuh oleh suaminya sekiranya mangsa didapati mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Mangsa juga memberitahu, suaminya sering memaksanya dalam keadaan marah dan terus melakukan hubungan itu sepanjang malam yang menyebabkan bahagian alat sulit mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan.

Menurut mangsa lagi, suaminya itu dikatakan mengulangi perbuatan berkenaan setelah beberapa kemudian yang menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis demi keselamatan dan kesihatannya yang memerlukan rawatan di hospital akibat kecederaan dalam hubungan berkenaan.

Sehingga kini pihak polis masih lagi meneruskan siasatan berhubungan dengan insisden berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.