Header Ads

Kereta Paling Laju Di Dunia Lamborghini Centenario Dijual Dengan Harga RM7.75 Juta


LOS ANGELES – Sebuah kereta Lamborghini ultra Centanario buatan Amerika Syarikat yang dipercayai adalah yang terpantas dan sangat jarang ditemui, untuk pertama kalinya telah dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Automotif Petersen di sini semalam.

Kereta sport itu dikatakan berharga AS$1.9 juta (RM7.75 juta), walau bagaimanapun ianya dikeluarkan dalam unit yang amat terhad iaitu sebanyak 40 buah sahaja di seluruh dunia.

Kereta itu yang dikatakan mampu bergerak laju dari 0 ke 99 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 2.8 saat serta boleh mencapai kelajuan sehingga 349km/j.

Kereta Lamborghini berkenaan dinamakan sebagai Centanario sebagai pengiktirafan 100 tahun ulang tahun kelahiran pengasas syarikat yang amat terkenal itu, Ferruccio Lamborghini yang lahir pada 28 April 1916.

Centenario dilengkapi 776 kuasa kuda iaitu enjin paling berkuasa yang pernah dibina oleh syarikat itu selain menggunakan kerangka karbon fiber menyebabkannya ianya ringan serta tampil dengan aerodinamik terkini.








Kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu bagaimanapun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya terutamanya dari segi reka bentuk yang tajam pada bahagian hadapan dan pada sayap pintu. – Agensi/Kosmo

Sumber: Scoop Whoop

No comments

Powered by Blogger.