Header Ads

Kes Jangkitan Coronavirus Ke Atas Buah Kurma Tiada Sebarang Amaran Yang Dikeluarkan Oleh WHO


PUTRAJAYA -  Tiada sebarang amaran atau makluman yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma yang diperolehi dari negara Timur Tengah, lapor Harian Metro.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung kes jangkitan coronavirus yang terdapat pada buah kurma yang didapati dari negara Timur Tengah, yang dikatakan berpunca dari kelawar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu disahkan selepas kementerian membuat semakan dengan WHO berkaitan dengan penyebaran maklumat tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Semakan melalui WHO telah dibuat bagi mendapatkan maklumat sama ada terdapat sebarang maklumat atau amaran yang telah dikeluarkan oleh negara lain atau negara Timur Tengah. WHO juga telah memaklumkan pada masa ini tiada sebarang amaran yang berkaitan dikeluarkan atau pun dari Kementerian Kesihatan negara berkenaan, katanya.


Beliau juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang berita-berita yang belum sahih atau tidak tepat sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Perkongsian maklumat yang belum diketahui kesahihannya akan menyebabkan keresahan di kalangan masyarakat serta mengugat kesejahteraan semua, katanya lagi.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan isu keselamatan makanan, para pengguna diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan yang berhampiran atau melalui laman sesawang http://www.moh.spab.gov.my atau menerusi Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://www.facebook.com/bkkmhq.

Para netizen disarankan agar berhati-hati ketika menerima sebarang maklumat atau isu yang berkaitan yang belum pasti kebenarannya sebelum ditularkan kepada umum. - Koleksi Viral

Sumber: KpKesihatan

No comments

Powered by Blogger.