Header Ads

Kes Kurang Ajar Bila Lelaki Mabuk Tidak Berpuas Hati Cuba Provok Dan Menghina Polis Akibat Ditahan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai seorang DJ di sebuah kelab malam telah mendakwa dirinya ditahan oleh pihak polis kerana dikatakan mabuk. Walau bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan itu dan mengakui dirinya tidak mabuk malah telah dipaksa oleh polis terbabit untuk mengaku bahawa dia sedang mabuk pada ketika itu, lapor Berita Harian.

Melalui rakaman video berkenaan, lelaki terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti memaki anggota polis terbabit dan menurutnya penahanannya itu telah membuang masa sahaja.

Menurut Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain menjelaskan, lelaki berkenaan telah pun melalui ujian pernafasan sebanyak dua kali dan keputusan ujian itu menunjukkan ianya telah melebihi had yang ditetapkan iaitu 84mg/100ml darah, katanya.

Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.



Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua, katanya.

Difahamkan, satu laporan polis juga telah dilakukan bagi siasatan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyebaran vieo berkenaan di media sosial baru-baru ini.

Rata-rata netizen turut mengecam hebat dengan tindakan lelaki mabuk itu dan ada juga yang berpendapat mengatakan mengapa lelaki terbabit duduk di sebelah kerusi pemandu yang boleh membahayakan anggota polis yang bertugas. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.