Header Ads

Kes Samun Dan Rog0l - Bukan Seorang Tetapi Dua Wanita Menjadi Mangsa Perbuatan Penyamun Di Pusat Judi Haram Klang


KLANG - Susulan rakaman video kes samun dan rogol di sebuah pusat judi haram yang jadi tular di media sosial mencetuskan kemarahan dan kecaman netizen yang mendesak pihak berkuasa mengenakan hukuman kepada si pelaku perbuatan itu.

Satu laporan polis yang kini jadi tular yang menceritakan kejadian sebenar kes tersebut yang berlaku di Taman Sentosa, Klang. Terdahulu, seorang pengguna Facebook mendakwa kes berkenaan berlaku di Puchong Kinrara.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada 26 April lalu, mangsa seorang wanita Indonesia yang berkerja di pusat judi terbabit sedang berkerja di premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki Melayu atau India semasa ketiadaan pelanggan.

Menurut mangsa, salah seorang daripada dua lelaki berkenaan telah mengikat dua rakan sekerjanya dengan menggunakan wayar komputer dan suspek juga turut merampas wang tunai berjumlah RM400 milik mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam tandas di premis berkenaan.

Ketika di dalam tandas, salah seorang suspek telah menarik baju mangsa sebelum menghisap buah dada mangsa. Mangsa meronta kerana diperlakukan sebegitu, namun suspek bertindak menarik rambut mangsa lalu menolak mengsa ke dinding dengan kuat. Suspek juga dikatakan telah memaksa mangsa melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa kerelaan mangsa.

Menurut mangsa lagi, seorang lagi rakannya yang tidak didedahkan identitinya turut juga dirogol oleh seorang lagi suspek.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan terdapat kesan luka melecet di bahagian alat sulit mangsa dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan lain.

Kedua-dua suspek yang dipercayai telah ditahan polis.
Menurut sumber, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek setelah mendapat laporan dan siasatan dilakukan berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.