Header Ads

Kes Samun Dan Rogol Juruwang Dalam Siasatan Polis, Pemilik Pusat Judi Kinrara Tampil Buat Laporan


Susulan rakaman video kes samun dan juruwang pusat judi di Kinrara, Puchong yang dirogol oleh dua lelaki sehingga tular di media sosial, pemilik pusat judi berkenaan telah tampil membuat laporan polis, hari ini di Bandar Kinrara, lapor Harian Metro.

Lelaki yang berusia 40 tahun itu telah mengesahkan kejadian berkenaan berlaku pada jam 11 pagi pada 11 Mei lalu di premisnya di Kinrara Niaga, Bandar Kinrara, Puchong.

Lelaki itu hadir pada jam 4.23 petang, Sabtu turut memaklumkan bahawa mangsa adalahh pekerjanya seorang warga Indonesia dan juga seorang lagi pekerja warga Bangladesh telah menghilangkan diri setelah rakaman kejadian itu jadi tular.

Menurut sumber, dua penjenayah yang melakukan perbuatan itu telah dikenalpasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis terbabit.

Menerusi siasatan yang dilakukan, premis berkenaan telah pun ditutup serta semua mesin judi turut dialihkan keluar selain hanya kerusi dan meja yang tinggal. Pengadu didapati tiada di premis tersebut ketika kejadian dan berada di Kuala Lumpur dan siasatan lanjut terhadap premis berkenaan masih lagi diteruskan.

Baca: Kes Samun Dan Rogol Di Pusat Judi Bandar Kinrara Puchong

Menurut sumber lagi, kesan cap jari yang terdapat di dinding premis berkenaan yang dipercayai milik kedua penjenayah terbabit turut diambil dan tujuh kesan air mani yang terdapat di atas lantai tempat yang dipercaya kedua penjenayah berkenaan merogol mangsa.

Kedua-dua penjenayah berkenaan turut disyaki terbabit dalam kes samun dan rogol di pusat judi berlainan iaitu di Taman Sentosa, Klang, 26 April lalu, katanya.

Sementara itu, satu pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengenalpasti lokasi pusat judi yang didakwa berlakunya kes samun dan rogol itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, pihak polis telah dapat mengesan tentang penyebaran rakaman kejadian berkenaan melalui media sosial. Walau bagaimanapun, sehingga sebelah pagi, pada 13 Mei, tiada pihak yang membuat laporan polis, katanya.

No comments

Powered by Blogger.