Header Ads

Kisah Cinta Bertemu Di Majlis Kahwin Berakhir Di Jinjang Pelamin Kini Jadi Tular


KUALA LUMPUR - Pertemuan yang tidak pernah dirancang dan tidak pernah difikirkan di majlis perkahwinan di Sungai Dua, Pulau Pinang yang dihadiri mereka dua tahun lalu berakhir di jinjang pelamin buat Mohamad Zarul Izwan Abd Wahid, 28 dan Nursakinah Abd Razak, 23.

Kisah cinta pasangan itu menjadi bualan netizen dan kini tular di media sosial apabila Mohamad Zarul yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan, memuat naik gambar isterinya, Nursakinah dalam dua situasi yang sama-sebelum berkenalan dan selepas berkahwin.

Dalam gambar pertama, Mohamad Zarul menulis '2015- candid gambar adik ini tengah cedok lauk' dengan Nursakinah ketika itu memakai baju berwarna merah, bekerja sebagai pekerja katering, manakala gambar kedua, Nursakinah berbaju pengantin ungu '2017- sah menjadi isteri aku, Alhamdulillah'.


Mengingat kembali detik sewaktu pertemuan pasangannya itu, Mohamad Zarul berkata, dia merakamkan gambar Nursakinah ketika sedang mencedok lauk untuk tetamu di sebuah majlis perkahwinan pelanggan pada ketika itu dan sempat menyapa isterinya itu supaya senyum sedikit kerana dia kelihatan terlalu serius.

Menurutnya, setelah itu dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Facebook dan ada kawannya yang mengenali Nursakinah dan tag nama dia ruangan komen.

"Sepanjang bergelar jurufoto perkahwinan, itu kali pertama saya merakamkan gambar pekerja katering dan ia berlaku secara spontan tanpa disengajakan.



"Kami mula berkenalan dan sepanjang tempoh itu, saya mendapati dia seorang yang berdikari serta rajin. Selepas tujuh bulan berkenalan, kami bertunang dan dinikahkan pada Februari lalu," katanya.

Sementara itu, Nursakinah berkata, sebelum ini dia tidak berminat untuk melayan mana-mana lelaki yang mahu berkenalan dengannya. Tetapi dengan Zarul saya bersetuju sahaja untuk berjumpa dan mungkin inilah yang dikatakan jodoh, katanya.

Menurut Nursakinah, Zarul adalah seorang lelaki yang baik, pandai melawak. Dia sering mengingatkan saya tentang solat," katanya yang tidak mungkin melepaskan individu yang mampu membimbingnya, jelas Nursakinah lagi kepada Harian Metro.

No comments

Powered by Blogger.