Header Ads

Lelaki Tergemuk Di Dunia Inginkan Kehidupan Normal Seperti Orang Lain Selepas 7 Tahun Terbaring Atas Katil


Seorang lelaki digelarkan lelaki yang paling gemuk di dunia kerana mempunyai berat badan sebanyak 584 kilogram, tetapi gelaran itu langsung tidak mempunyai makna baginya kerana dia kini menderita disebabkan kegemukannya di usia muda, malah itu semua tidak membanggakan dirinya yang dikenali sebagai Juan Pedro Franco dari Aguascalientes, Mexico.

Memetik laporan dari Daily Record, Franco sebenarnya telah menjadi gemuk seberat 228 kilogram setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia berusia 17 tahun.

Semenjak kemalangan itu, berat badannya dikatakan meningkat secara mendadak yang menyebabkan dia tidak lagi mampu bergerak dan hanya mampu terbaring di atas katil serta terpaksa menghabiskan masa selama hampir tujuh tahun.

Disebabkan itulah, Franco telah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bagi menurunkan berat badannya serta untuk menyelamatkan nyawanya.




Franco yang kini berusia 32 tahun sebelum ini pernah menjalani diet yang ketat bagi menurunkan berat badannya sebelum pembedahan dilakukan pada hari Selasa lalu bersama impiannya untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain di dunia ini.

Franco berkata, dia mahu keluar berjalan-jalan seperti orang lain, memandu kenderaan dan ingin juga menyanyi semula seperti dulu. Itu yang ingin saya lakukan dan semoga dengan izin tuhan saya boleh melakukan semula nanti, katanya dengan penuh harapan.

Menurut pakar bedah yang mengetuai misi pembedahan Franco, Dr Jose Antonio Castaneda Cruz, berkata, melalui diet yang begitu ketat, Franco telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 30 peratus daripada berat badannya yang asal untuk memboleh dia menjalani pembedahannya itu.


Menurut doktor itu lagi, pada awalnya, kami memikirkan yang dia tidak boleh melakukan prosedur berkenaan memandangkan tahap obesiti dan masalah paru-paru yang dia hadapi, tetapi sekarang kami melihat ada satu harapan yang ada buat dirinya, jelasnya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.