Header Ads

Lelaki Yang Didakwa Mencabul Wanita Dan Dibelasah Sekumpulan Lelaki Sehingga Koma Meninggal Dunia


ALOR SETAR, KEDAH - Susulan lelaki yang koma setelah dibelasah oleh beberapa lelaki di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin yang mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.

Menurut beliau lagi, terdapat beberapa lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya pada hari ini.

Baca: Lelaki Dipercayai Cabul Wanita Dibelasah Sehingga Koma

Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan lelaki itu dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah.

Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Ketika itu, dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala.

No comments

Powered by Blogger.