Header Ads

Masihkah Anda Ingat Gadis Shell? Kini Dia Kembali Setelah Lama Menghilangkan Diri


Masihkah anda ingat lagi dengan fenomena 'gadis Shell' yang jadi tular dan memeranjatkan orang ramai pada satu ketika dahulu? Sehinggakan gadis terbabit jadi popular di seluruh Malaysia.

Sebelum ini, Shell muncul dengan idea kreatif yang menggunakan gambar yang dilekatkan di belakang pam minyak menyebabkan ramai orang terkejut dengan kemunculan gambar berkenaan.

Selepas itu,  kelibat gadis tersebut hilang dan digantikan pula dengan tanda 'Maaf jika terkejut'.

Kini sekali lagi Shell mengulang semula cara pemasaran yang sama, 'gadis Shell' tersebut nyata lebih berani apabila membuat pendedahan dengan menunjukkan lebih banyak tubuh badannya berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kemunculan semula gadis tular itu disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya mengatakan rindu untuk 'dikejutkan' olehnya.

Seorang pengguna Facebook turut berkongsi pengalamannya mengenai gadis shell ini, Wan Dean Hj Ismail pula turut mendakwa terkejut dengan kemunculan iklan 'gadis Shell' ini.


"Dia kembali lagi, sebelum ini iklan pasal nak bagi air, lepas itu jadi 'hollow girl' sekejap dan sekarang muncul di tengah-tengah mesin untuk iklan lain pula.

"Siap puji kita lagi tau, terkejut abang tadi. Hehehe," tulisnya pula.

Bagi Fazeli Ftc pula, dia memuji kaedah promosi yang digunakan Shell.

"Terperanjat saya pagi ini, 'gadis Shell' kembali. Sebelum ini gambar lain tetapi sekarang sudah satu badan.

"Apa pun terbaik Shell sebab menggunakan kaedah promosi yang jimat dan menguntungkan, tular dari mulut ke mulut, satu kaedah sistematik pemasaran yang menjimatkan kos," tulisnya.

Manakala, Youyoon Armani juga berkongsi kisah beliau di Facebook mengenai 'gadis Shell' ini.

"Tadi sis isi minyak, ada 'gadis Shell' baru lalu berkata di dalam hati ' oh..guna marketing method sama'.

"Kemudian, rakan pula telefon kata 'perempuan' tu dah ada balik, sebelum ni dah tiada," tulisnya.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.