Header Ads

Misteri Identiti Bangkai Makhluk Gergasi Di Pulau Seram, Ketua Saintis Ada Jawapannya Tersendiri


PULAU SERAM, INDONESIA - Beberapa hari lalu Pulau Seram gempar dengan penemuan satu bangkai yang dipercaya sotong gergasi atau satu makhluk yang aneh didapati terdampar di sebuah pantai di Indonesia yang menjadi tular di media sosia.

Ekoran penemuan itu, rata-rata masyarakat tempatan mula membuat spekulasi dan juga melontarkan berbagai persoalan mengenai penemuan tersebut melalui gambar-gambar yang telah dimuat naik di media sosial.

Persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran mereka, antaranya apa sebenar bangkai itu? Adakah sotong? Adakah makhluk aneh dari planet lain? Bagaimana binatang itu boleh terdampar di pantai Indonesia?

Melalui satu laporan daripada Jakarta Globe, walaupun bangkai yang didapati reput itu telah disahkan oleh nelayan tempatan bahawa berukuran 50 kaki panjang yag kelihatan seperti seekor sotong gergasi, namun bagi seorang Ketua saintis di Ocean Conservancy, George Leonard mempunyai jawapannya yang tersendiri.

Menurut Ketua Saintis berkenaan, sekiranya dilihat berdasarkan bahagian tulang yang kelihatan menonjol itu yang digunakan untuk menapis makan oleh haiwan berkenaan, makhluk tersebut besar kemungkinan adalah bangkai sejenis ikan paus baleen, katanya.

Menerusi portal Huffington Post, Pulau Seram adalah pulau yang paling terbesar dalam kepulauan Maluku kerana ianya terletak berdekatan dengan laluan migrasi bagi ikan paus baleen, maka bukanlah menjadi sesuatu yang asing bagi penduduk setempat melihat ikan paus di kawasan berkenaan. - Koleksi Viral



No comments

Powered by Blogger.