Header Ads

Pegawai Kastam Temui Burung Merpati Bawa 178 Pil Dadah Di Belakang Badan


178 biji pil yang dipercayai adalah dadah didapati bersama seekor burung merpati ditemui oleh pegawai kastam Kuwait beberapa hari lalu, lapor laman Alsumaria.

Burung merpati itu telah berjaya dijejaki oleh pegawai dari jabatan berkenaan dan menangkapnya ketika burung berkenaan berada di sebuah bangunan yang berdekatan dengan jabatan kastam.

Menurut sumber, burung itu dipercayai datang daripada Iraq dan seorang Inspektor yang berada di sempadan dapat mengesan burung merpati itu ketika sedang bertenggek di atas sebuah kenderaan. Ia juga dikatakan amat sukar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ketika mendekati burung tersebut, pegawai yang bertugas telah mendapati di belakang burung berkenaan terdapat satu beg kecil yang diikat di badannya menggunakan tali kecil.


Setelah burung itu ditangkap, 178 pil narkotik telah dirampas dan burung berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi mengesan pemilik asal burung tersebut.

Burung merpati jenis Homing dikatakan amat terkenal sebagai penghantar mesej semenjak dahulu kala dan dikatakan boleh bergerak dengan pantas sejauh 160 km.






Sumber: Alsumaria

No comments

Powered by Blogger.