Header Ads

Pemandu Ford Fiesta Yang Melarikan Diri Selepas Langgar Lari Nissan Almera Akhirnya Menyerah Diri

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta Ford Fiesta didapati melarikan diri apabila telah melanggar kereta Nissan Almera di Kilometer 24 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, berdekatan Rawang, Ahad lalu, kini ditahan polis, lapor Harian Metro.


Terkini, polis telah berjaya menahan pemandu terbabit setelah pemandu Ford Fiesta berkenaan dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Rawang, semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, lelaki berkenaan berusia 20-an itu telah datang ke balai berkenaan pada jam 12 tengah hari.

Melalui siasatan yang telah dijalankan, kemalangan berkenaan dikatakan membabitkan dua kenderaan terbabit berlaku pada jam 6.55 pagi.

Kemalangan berlaku apabila pemandu Nissan Almera yang menghala dari Kepong ke Rawang dilanggar di belakang oleh kenderaan suspek yang melarikan diri.

Walau bagaimanapun, kemalangan itu hanya mengakibatkan kerosakan kenderaan sahaja dan tiada kecederaan serius kepada dua pemandu kereta berkenaan.

Rakaman video yang membabitkan kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial dan telah dimuat naik oleh seorang individu dan susulan itu suspek yang juga seorang penjawat awam telah menyerah diri, hari ini, jelas Kamaludin lagi.

Rakaman video yang berdurasi selama 41 saat terbabit memaparkan kereta dipercayai milik suspek dipandu laju sebelum merempuh kenderaan mangsa pada ketika itu.



Menerusi rakaman berkenaan suspek didapati tidak menghentikan kenderaannya selepas kemalangan itu berlaku dan terus melarikan diri serta memecut laju.

Sehubungan dengan itu suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.