Header Ads

Pemilik Akaun FB Yang Kurang Ajar Dan Biadap Menghina Islam Kini Jadi Buruan Polis


Pihak polis sehingga masa ini sedang mengesan seorang wanita pemilik akaun Facebook Anna Ong Lye Lung kerana dipercayai memuat naik satu komen yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan dengan insiden yang berlaku di Surau Austin Perdana semalam, lapor Sinar Harian.

Tindakan wanita berkenaan dengan menganggap umat Islam adalah pengganas tanpa meneliti kejadian sebenar disifatkan amat keterlaluan malah boleh menjadikan perbalahan diantara kaum dan agama.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan, pihak berkuasa diwajibkan mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana telah menghina umat Islam.

Menurutnya lagi, wanita itu sepatutnya mengambil iktibar di atas kejadian yang berlaku sebelum ini yang membabitkan beberapa individu bukan Islam yang didapati menghina umat Islam di Malaysia dengan perbuatan provokasi, katanya.

Komen wanita itu kini sedang tular di media sosial dan difahamkan ada beberapa individu cuba menjejaki akaun milik wanita berkenaan, namun gagal kerana ianya telah ditutup serta merta setelah berita ini menjadi topik sensasi di media sosial.

No comments

Powered by Blogger.