Header Ads

Percaya Atau Tidak Makan Malam Bernilai RM78,000 Untuk 12 Orang Di Restoran Kuala Lumpur Jadi Tular


Makan, semua orang suka makan dan di Malaysia banyak tempat-tempat makan yang menarik serta menjadi pilihan orang ramai kerana makanan yang dihidangkan sangat sedap dan berkualiti.

Di media sosial pula, setiap hari kita dihidangkan dengan berbagai jenis makanan yang menarik perhatian apabila hampir kesemua pengguna laman sosial akan memuat naik gambar-gambar makanan yang mereka makan dan kongsikan dengan rakan-rakan.

Tetapi kita sering terdengar keluhan sebahagian rakyat Malaysia dengan keadaan ekonomi negara kita yang menuntut mereka untuk berjimat cermat. Keadaan ini adalah sangat sukar bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang individu telah berkongsi pengalamannya apabila menjamu selera semasa makan malam dengan harga yang amat mengejutkan iaitu sebanyak RM78,000 di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Ini juga telah membuktikan bahawa wang adalah bukan penghalang untuk kita menikmati apa sahaja mengikut kemampuan.


Individu terbabit telah berkongsi satu resit pembayaran yang bernilai RM78,478.80 termasuk cukai dan juga GST. Biarpun resit berkenaan tidak menunjukkan nama restoran berkenaan, namun netizen mendapat tahu restoran berkenaan adala restoran Marble 8 yang terletak di Menara 3 Petronas, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Melalui resit pembayaran itu dapat dilihat beberapa jenis belian minuman beralkohol yang bernilai ribuan ringgit manakala salah satu daripadanya tertulis Chateau Margaux yang mencecah belasan ribu untuk satu jenis minuman sahaja belum termasuk belian yang lain. Untuk makanan pula, menu yang tertulis sebagai Caviar dan Tomahawk yang didapati berharga paling mahal.



Melalui perkongsian itu, seramai 12 orang pelanggan yang telah membelanjakan wang yang bernilai RM78,478.80 untuk makan malam dan telah dibahagikan kepada setiap seorang sebanyak RM6,539.60. Nilai ini adalah lebih mahal daripada gaji seorang pegawai bank.

Sekiranya dihitung dengan harga yang dibelanjakan untuk makan malam ini, ianya sama dengan nilai pembelian sebuah rumah teres atau pun sama dengan nilai sebuah kereta di Malaysia. Ini bermakna masih lagi ada rakyat Malaysia yang dikatakan terlebih berkemampuan.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.