Header Ads

Perogol Bersiri Ditembak Mati Selepas Rogol & Tikam Kemaluan 23 Mangsanya Kerana Dendam Terhadap Wanita


MAKASSAR, INDONESIA - Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah  dan melarikan diri dengan beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, perogol terbabit didapati telah merogol mangsa sebelum menikam alat sulit 23 wanita yang menyebabkan seorang daripada mangsanya maut.

Tertuduh yang dikenali sebagai Ikbal telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun lalu di sebuah mahkamah Luwu Timur di Sulawesi Selatan.

Menurut laporan, suspek akhirnya ditembak matik ketika cuba melarikan dari dalam satu serbuan yang dilakukan di Poso, Sulawesi Tengah, semalam.

Difahamkan, berita kematian Ikbal amat menggembirakan penduduk terutama wanita yang masih ketakutan dan trauma akibat jenayah yang telah dilakukan oleh lelaki yang amat kejam itu.

Ikbal dikatakan telah mencetuskan ketakutan semenjak tahun 2015 apabila dia menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita lau menikam kemaluan mangsa dengan pisau.

Seramai 23 orang wanita yang menjadi mangsa di atas kekejamannya, manakala seorang daripada mereka telah maut kerana didapati kehilangan darah yang banyak.

Ketika perbicaraan, Ikbal ada memberitahu kepada mahkamah bahawa dia melakukan jenayah itu kerana dendam kepada golongan wanita.

Ikbal juga telah digelarkan oleh penduduk tempatan sebagai 'Kolor Ijau' yang makhluk mitos yang terkenal kerana merogol wanita pada zaman dahulu.

No comments

Powered by Blogger.