Header Ads

Rakaman Aksi Hubungan Intim Pasangan Pelancong Dalam Tuk Tuk Jadi Tular Akhirnya Ditahan Polis


PHUKET - Tular di media sosial aksi sepasang pelancong asing sedang melakukan hubungan seks di atas sebuah Tuk Tuk ketika kenderaan itu sedang bergerak di Phuket mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

Rakaman video yang berdurasi 28 saat itu kini jadi tular setelah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Sornchai Uadsree. Menerusi rakaman terbabit kelihatan pasangan pelancong berkenaan tanpa segan silu melakukan perbuatan itu dengan selamba di bahagian belakang Tuk Tuk tanpa menyedari perbuatan mereka itu sedang dirakamkan.

Rata-rata netizen menjadi marah serta mengecam tindakan pasangan terbabit kerana tidak merasa malu perbuatan mereka sedang diperhatikan memandang pintu di belakang kenderaan tersebut di dapati terbuka luas.

Melalui status Sornchai pula, dia mengatakan pasang terbabit seolah-olah tidak sabar-sabar untuk melakukan hubungan seks sedangkan mereka telah menginap di hotel. Apalah salahnya sekiranya mereka sabar terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan itu di tempat tidur, katanya.


Difahamkan, pasangan pelancong berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa setelah penduduk tempatan membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bermoral pasangan berkenaan yang boleh mencemarkan nama bandar berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.