Header Ads

Rakaman Dua Perompak Menyamun Kedai Bersenjatakan Pisau Kini Jadi Buruan Polis Setelah Wajah Mereka Jadi Tular


Shah Alam - Seorang pemilik kedai menanggung kerugian ribuan ringgit apabila premis perniagaannya telah disamun oleh sekumpulan perompak bersenjatakan pisau.

Dalam kejadian pada 29 April, jam 6.45 petang itu, sekumpulan perompak itu datang ke kedai berkenaan seperti pelanggan dan berpura-pura ingin membeli barang.

Setelah selesai mendapatkan barang yang diingini mereka menuju ke kaunter pembayaran dan mengeluarkan sebilah pisau sambil mengacu pada juruwang. Mereka telah merampas sejumlah wang menerusi peti wang tunai di kaunter kedai tersebut.

Difahamkan, selang dua minit selepas kejadian rompakan berkenaan, premis terbabit menerima kunjungan pelanggan lain namun urusniaga tidak dijalankan kerana diganggu dengan kes rompakan tersebut.







Pemilik kedai ingin memohon jutaan maaf kepada pelanggan yang telah datang selepas kejadian namu tiada uruniaga dijalankan ekoran pekerja kedai terbabit masih agak terkejut.

Satu rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kegiatan perompak berkenaan memudahkan kerja pihak polis untuk memburu lelaki-lelaki terbabit yang dipercayai warga asing. - Koleksi Viral


Sumber: Hanis Runner Az-Zain

No comments

Powered by Blogger.