Header Ads

Rakaman Seekor Anjing Turut Ikut Bersenam Gaya Basikal 'Crunches Whirl' Jadi Tular Di Laman Sosial


Amalan gaya hidup sihat menerusi senaman kini menjadi semakin popular di kalangan sesuatu masyarakat yang sering diadakan di kawasan perumahan, komuniti dan di mana saja dengan tujuan untuk mencapai kesihatan yang lebih baik disamping kerkongsi pendapat sesama sendiri.

Ketika aktiviti itu dilakukan tanpa disedari orang ramai satu kejadian yang amat melucukan telah berlaku dan menarik perhatian ramai netizen yang mengatakan perkara sebegini jarang berlaku di kalangan haiwan.

Melalui laporan Huffington Post, satu rakaman video yang memaparkan seekor anjing jenis baka 'golden retriever' yang turut melakukan aksi senaman jadi tular di media sosial.

Melalui rakaman berdurasi 59 saat itu, anjing yang bernama RIptide itu kelihatan menuruti serta mengikut senaman gaya basikal 'Crunches Whirl' dengan gaya yang sangat comel dan lucu.

Rakaman video berkenaan telah dimuat naik oleh Stanford Women's Crew Ream di laman sosial Instagram yang ditonton netizen lebih dari 17 ribu tontonan.


Ramai diantara netizen yang memberi komen dengan mengatakan gaya yang dibuat anjing itu sangat comel dan tindakan anjing itu untuk bersenam adalah sesuatu yang perlu dipuji kerana binatang pun tahu untuk bersenam. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.