Header Ads

Rakaman Video Comel Reaksi Budak Kecil Dimarahi Ayahnya Tarik Perhatian Netizen Dikongsi Jutaan Orang


Satu rakaman video yang menunjukkan seorang ayah sedang memarahi anaknya yang comel itu jadi tular di kebanyakan media sosial gara-gara kecomelan dan kepetahan budak kecil itu.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 1 minit dan 41 saat itu, kanak-kanak perempuan berkenaan dimarahi bapanya kerana sedang bermain dengan satu objek yang tajam dipercayai gunting.

Namun, setelah dimarahi, kanak-kanak perempuan terbabit menjawab secara spontan setelah dimarahi ayahnya, Dia juga kelihatan mencuba berikan alasan dan cuba menyalahi abangnya yang tidak kena mengena dengan insiden itu. Karakter dan reaksinya yang spontan dan comel itu telah menarik perhatian serta mencuit hati ramai penonton yang menyaksikan video tersebut.



Sehingga ke hari ini, rakaman video berkenaan telah ditonton oleh ramai pengguna Facebook melebih 1.6 juta perkongsian semenjak ia dikongsikan dan dimuat naik di Facebook beberapa hari lalu.

Comel sungguj adik ni, melalui reaksi spontannya itu mungkin sesiapa yang ingin memarahi tak menjadi. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.