Header Ads

Rakaman Video Dan Gambar Izara Aishah Berpakaian Seksi Telah Tersebar?


Media sosial dikejutkan dengan beberapa keping gambar berserta rakaman video yang dikatakan seksi milik seorang pelakon cantik yang terkenal Izara Aishah yang sedang tular sejak semalam.

Melalui satu akaun laman Facebook yang bertanggungjawab memuat naik gambar dan rakaman video berkenaan telah memaparkan sebahagian payudara artis terbabit yang dikatakan telah dirakamkan di dalam sebuah majlis pada tahun lalu ketika acara karpet merah.

Rakaman video yang berdurasi 3 saat itu telah mencuri perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berkongsi video berkenaan sehingga ribuan perkongsian dan ratusan ribu tontonan.

Beberapa komen netizen dilihat seperti mengecam tindakan Izara dengan berpakaian seperti itu, malah ada yang berpendapat rakaman video tersebut telah diedit semata-mata ingin menjatuhkan reputasi artis cantik ini.

Tidak kurang juga yang meminta agar menghapuskan rakaman berkenaan kerana dengan menyiarkan video seperti itu seolah-olah ingin memalukan Izara dan ada yang berkata sekiranya tidak mahu dimalukan mengapa mengenakan pakaian seperti itu. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.