Header Ads

Rakaman Video Dua Pekerja Saling Bertumbuk Dalam Bilik Pembedahan Tersebar Meluas Dan jadi Tular


HENAN - Satu rakaman video pergaduhan di antara dua pekerja bahagian perubatan dalam sebuah dewan bedah di sebuah hospital di China kini jadi tular dan tersebar secara meluas.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi selama 4 saat dan bertarikh pada 12 Mei itu memaparkan dua pekerja sedang bertumbuk ketika pembedahan sedang dijalankan.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki telah mencampak sarung tangan yang dipakainya ke arah seorang perempuan yang berada di situ.

Akibat marah dan bengang diperlakukan sedemikian, wanita terbabit secara tiba-tiba bertindak menumbuk lelaki berkenaan.

Diikuti tindakan lelaki itu kemudiannya terus menumbuk wanita terbabit berulang kali manakala pekerja yang lain cuba untuk meleraikan pergaduhan dan mententeramkan keadaan.

Kejadian tersebut dipercaya telah berlaku di Lankou, wilayah Henan, di tengah China. Satu rakaman video menerusi satu laman media Cina turut memaparkan satu temu bual bersama pegawai penyiasat polis.

Dia menjelaskan bahawa pembedahan itu telah pun tamat dan pesakit sebenarnya tidak berada di dalam bilik pembedahan ketika kejadian tersebut berlaku.


Rata-rata netizen yang telah menonton rakaman kejadian berkenaan telah mempertikaikan kenyataan yang telah dijelaskan menerusi temubual berkenaan.

Walau bagaimanapun, pegawai tersebut didapati tidak membuat sebarang pendedahan tentang punca bagaimana kes itu berlaku sehingga tercetusnya pergaduhan yang amat memalulan itu. – The Straits Times/Asia News Network/ Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.