Header Ads

Rakaman Video Kemalangan Budak 7 Tahun Patah Tangan Kiri Tersepit Pada Rim Motosikal


ALOR SETAR, KEDAH - Seorang kanak-kanak lelaki bernasib malang apabila tangan kirinya patah akibat tersepit pada rim motosikal yang dipercayai ditunggangi oleh ibunya, petang Ahad, semalam.

Memetik laporan Mstar Online, kanak-kanak terbabit yang berusia tujuh tahun itu telah membonceng motosikal bersama ibunya sebelum terjatuh dan tangannya tersepit sewaktu di jalan raya.

Dalam kejadian pada tengah hari itu, mangsa didapati cedera dan dibantu oleh orang ramai yang ketika itu melalui kawasan berkenaan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, juga kelihatan untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu tangan mangsa telah pun dikeluarkan oleh orang ramai setibanya anggota bomba ke lokasi kejadian.

Mangsa yang mengalami kecederaan itu dengan segera dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Satu rakaman video yang dipercayai daripada sebuah kereta juga telah jadi tular yang memaparkan bagaimana kemalangan yang membabitkan kanak-kanak berkenaan berlaku. - Koleksi Viral


No comments

Powered by Blogger.