Header Ads

Rakaman Video Kes Samun Dan Rogol Juruwang Kedai Judi Haram Di Puchong Kinrara Jadi Tular


PUCHONG - Satu rakaman video yang dipercayai kes samun dan rogol juruwang kedai judi haram di Puchong Kinrara kini jadi tular di media sosial dan menjadi bualan netizen.

Rakaman video yang berdurasi 4 minit 4 saat itu dipercayai dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kedai judi terbabit. Melalui paparan video berkenaan, kelihatan dua lelaki sedang mundar mundir di dalam kedai tersebut serta  melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap juruwang yang dalam ketakutan ketika itu di dalam tandas secara bergilir-gilir.

Menurut pemilik akaun Facebook Raymond Tan yang bertanggungjawab memuat naik video berkenaan di laman sosial, kejadian itu berlaku pada malam semalam dan dua penjenayah berkenaan kini telah ditangkap polis berdasarkan gambar yang menunjukkan suspek-suspek tersebut seperti digari.

Menurut Raymond lagi, beliau memperolehi video dan gambar-gambar suspek melalui laman Wechat iaitu dari perkongsian seorang kenalannya di laman sosial berkenaan.





Selain itu, ekoran video berkenaan jadi tular, rata-rata netizen mengecam tindakan dua lelaki berkenaan dan mendesak pihak berkuasa agar segera membuat siasatan untuk mendapatkan keadilan. - Koleksi Viral

Nota: Rakaman video terpaksa diturunkan atas arahan pihak berkuasa agar tidak dilihat oleh mereka di bawah umur. Anda boleh lihat video lain di Facebook Page Koleksi Viral.

No comments

Powered by Blogger.