Header Ads

Rakaman Video Pekerja Restoran Dipukul Majikan Jadi Tular, Mangsa Buat Laporan Polis


KAJANG – Satu rakaman video yang memaparkan seorang pekerja restoran dipukul oleh majikannya jadi tular di media sosial sehinggakan mencetuskan kemarahan netizen.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, pada Sabtu lalu, mangsa dikatakan sedang bekerja telah ditampar di muka oleh dua lelaki dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada majikannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa telah dilemparkan kata-kata ugutan, mangsa juga dikatakan pernah dipukul oleh majikannya tetapi tidak membuat sebarang laporan polis sebelum ini.

Menurutnya lagi, punca kejadian itu adalah disebabkan kerana mangsa dikatakan tidak mengikut arahan majikannya semasa menjalankan tugasnya.

Mangsa pergi ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan akibat dipukul dan difahamkan sehingga kini tiada sebarang kecederaan serius yang dialami oleh mangsa, jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, tujuan mangsa membuat laporan polis kerana rakaman video kejadian berkenaan telah tular di media sosial serta menjadikan kemarahan orang ramai setelah menonton video berkenaan.

Pihak polis juga telah pun mengenal pasti kedua-dua individu yang terlibat dalam kejadian kerana memukul mangsa. Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.


No comments

Powered by Blogger.