Header Ads

Rakaman Video Pemandu Toyota Camry Dipukul Orang Ramai Kerana Bunyikan Hon Ketika Umat Islam Solat Jumaat


JOHOR BAHRU - Suasana kecoh berlaku di Surau Austin Perdana akibat seorang lelaki dibelasah orang ramai kerana membunyikan hon berkali-kali dan terlanggar seorang lelaki ketika selepas menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu, pemandu kereta Toyota Camry itu dipercayai mempunyai masalah untuk keluar daripada kesesakan jalan ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat pada ketika itu, katanya.

Walau bagaimanapun, kes itu berlaku berpunca daripada lelaki terbabit sendiri yang menyembunyikan hon dengan terlalu lama kerana dikatakan laluannya menjadi perlahan kerana disebabkan orang ramai yang sedang sembahyang di kawasan berkenaan.

Sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang dikatakan langsung tidak menghormati senstiviti agama Islam telah bertindak memukul pemandu terbabit dan kenderaannya.


Insiden itu menyaksikan cermin kenderaan milik lelaki itu didapati rosak malah dia juga dipukul oleh orang ramai kerana tindakan bodohnya itu.

Menurut sumber, ahli jemaah surau berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.