Header Ads

Remaja Lelaki 16 Tahun Didakwa Meliwat Adik Perempuan Keluarga Angkat Diberkas Polis

SIBU - Seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun telah ditahan polis setelah didakwa meliwat adik perempuan keluarga angkatnya yang berusia 8 tahun, lapor Utusan Borneo.

Foto Kredit - Sarawak Aritok
Perbuatan terkutuk berkenaan telah disedari oleh ibu kandung mangsa yang berusia 26 tahun, setelah diberitahu oleh doktor yang telah merawat dan menjalankan pemeriksaan terhadap anak perempuannya serta mendapati ada kesan luka kecil di bahagian dubur mangsa, pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, satu laporan yang membabitkan kes liwat berkenaan telah diterima oleh pihak polis dan beliau turut mengesahkan bahawa di bahagian dubur mangsa mempunyai kesan luka seperti dimaklumkan oleh doktor.

Pasukan polis juga kini telah berjaya menjejaki serta memberkas suspek yang dipercayai adalah saudara mangsa sendiri.

ACP Saiful turut memberitahu, suspek telah ditangkap semalam dan suspek juga tidak mempunyai perkerjaan serta tinggal serumah bersama mangsa.

Mangsa juga telah membuat pengakuan bahawa dia telah diliwat oleh suspek yang juga merupakan anak angkat saudara terdekat keluarga mangsa, jelas ACP Saiful.

Suspek kini telah direman selama enam hari sehingga 15 Mei ini bagi membantu polis untuk menjalankan siasatan terperinci. Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana disyaki meliwat, katanya.

No comments

Powered by Blogger.