Header Ads

Remaja Terserempak Dengan Pasangan Lakukan Hubungan Intim Di Tempat Awam & Jadikan Rakaman Kejadian Sebagai Dokumentari


Apakah perbezaan manusia dan haiwan? Semua orang tahu akan perbezaan ini yang mana haiwan tidak boleh berfikir seperti mana manusia yang mempunyai otak untuk berfikir antara baik dan buruk. Namun, kekadang ada yang beranggapan manusia seperti haiwan kerana tidak boleh berfikir dengan baik atau tidak mempunyai langsung perasaan malu sesama sendiri apabila sanggup melakukan sesuatu yang keterlaluan sehinggakan mencetuskan kemarahan orang di sekeliling.

Apa yang akan anda katakan sekiranya anda terlihat satu pasangan yang sedang melakukan hubungan intim di tempat awam tanpa rasa segan silu? Bukankah ada tempat yang lebih selesa untuk melepaskan hajat seperti itu?

Denzil Smith seorang wanita yang terserempak dengan satu pasangan yang sedang membuat hubungan di satu lorong di tepi sebuah bangunan. Dek kerana terkejut dan marah dengan keadaan itu, Smith mengambil keputusan untuk merakamkan video aksi mereka dengan tujuan untuk membuat satu dokumentari khas yang dinamakan 'Wildlife Documentary' (Dokumentari Hidupan Liar) katanya di Facebook.

Menurut Smith, pasangan terbabit melakukan aksi kotor itu bersebelahan dengan sebuah gereja di Barnsley berdekatan dengan South Yorkshire Town.



Smith dengan sengaja merakamkan aksi mereka lalu memuat naik rakaman berkenaan ke Facebook sehinggalah rakaman berkenaan telah diturunkan oleh Facebook kerana dikatakan telah melanggar peraturan laman sosial terkenal itu. Walau bagaimanapun, Smith kemudiannya memuat naik semula rakaman berkenaan di YouTube sehinggalah jadi tular ke seluruh media sosial.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan terbabit yang dikatakan amat memalukan dan tidak bertanggungjawab kerana mengadakan hubungan seperti itu di tempat awam. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.