Header Ads

Sebelum Jalani Peperiksaan Pelajar Perempuan Diarahkan Menanggalkan Coli


NEW DELHI, INDIA - Seorang pelajar perempuan di India diminta menanggalkan coli yang dipakainya di khalayak ramai oleh pihak sekolah yang bimbang penipuan dalam peperiksaan. Permintaan itu disampaikan beberapa minit sebelum menduduki ujian penting, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan ketat berkaitan kod pakaian untuk menangani penipuan sebelum menduduki ujian kemasukan kolej perubatan yang terkemuka India.

Walau bagaimanapun, coli didapati tiada dalam senarai pakaian dilarang tahun ini yang merangkumi pakaian gelap, lengan penjang, kerongsang, lencana, kasut tertutup dan stokin.

Pelajar perempuan terbabit yang tidak didedahkan identiti memberitahu kepada media, dia berada di pusat peperiksaan di Kerala pada Ahad lalu apabila pengesan logam berbunyi ketika dia melalui pemeriksaan keselamatan untuk memasuki dewan bagi mengambil ujian.


Menurut pelajar berkenaan, pada waktu itu, mereka ada memberitahu, dia tidak akan dibenarkan memasuki dewan peperiksaan sekiranya dia tidak menanggalkan pakaian dalam dan memandangkan cangkuk coli diperbuat dari logam, dia menanggalkannya colinya dan memberikan kepada ibunya yang sedang menunggu di luar," kata pelajar berkenaan.

Gadis itu dipetik The Times of India sebagai berkata, dia hilang keyakinan dan berasa tidak tenang selepas diminta menanggalkan coli di depan orang ramai.

Selain itu, ibu bapa pelajar lain turut berkata, anak perempuan mereka menerima nasib yang sama tetapi diminta membuang butang pada seluar jeans selepas dikesan oleh alat pengesan logam.

"Dia kembali kepada saya dan memberitahu, butang seluarnya perlu dibuang kerana dikesan alat pengesan logam. Saya segera membuangnya.

"Saya kemudian pergi ke kedai kira-kira tiga kilometer dari pusat peperiksaan dan membeli pakaian baru untuknya selepas kedai dibuka," kata bapa itu kepada NDTV.

Dalam pada itu, pengetua sekolah berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai insiden berkenaan namun mengakui sekolah tersebut tertakluk kepada peratuan  yang ditetapkan.

"Kami mempunyai arahan jelas iaitu jika pengesan logam mengeluarkan bunyi, tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan dan pelajar diminta untuk membuang apa sahaja yang dimiliki," kata Jalaluddin K.

Menipu di dalam peperiksaan adalah perkara biasa di India malah ada yang sanggup memberi rasuah untuk membeli kertas ujian. - Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.