Header Ads

Seekor Anjing Selamatkan Bayi Lelaki Dari Ditanam Hidup-Hidup Dalam Semak


Seekor anjing telah berjaya menyelamatkan seorang bayi daripada ditanam hidup-hidup dalam semak selepas ia dikatakan dapat menghidu bayi terbabit di Jiangjin, wilayah Chongqing, selatan China, lalu bertindak menggali bayi berkenaan yang tertanam di dalam tanah.

Dalam kejadian 6 Mei lalu itu, bayi lelaki yang berusia sebulan itu kemudiannya dapat diselamatkan oleh pemilik anjing yang bertanggungjawab menjumpai bayi berkenaan dan dengan segera dibawakan ke klinik untuk mendapat rawatan.

Menurut doktor di bandar Wutan, An Yue, ketika sampai ke klinik, suhu badan bayi itu sudah menurun selain degupan jantungnya rendah.

Menurut pemilik anjing itu, Yang Jiali, berkata dia sedang mencari anjingnya dan ternampak haiwan peliharaannya itu sedang berusaha menggali sesuatu dalam semak sebelum ternampak sebahagian tubuh bayi dalam lubang yang dipenuhi tanah.

Kata Yang Jiali lagi, bayi terbabit didapati diselimutkan dengan menggunakan kain putih serta tidak berhenti menangis. Mulutnya juga dipenuhi tanah dan lumpur, katanya.

Bayi itu kemudian dipindahkan ke Hospital Jiangjin dan keadaannya kini stabil.

Polis dan doktor percaya bayi berkenaan ditanam oleh keluarganya kerana menyangkakan bayi terbabit telah meninggal dunia dan polis juga turut berusaha mengesan kedua ibu bapa bayi berkenaan untuk siasatan lanjut. - Harian Metro


No comments

Powered by Blogger.