Header Ads

Selama 12 Tahun Berkahwin, Inilah Kali Pertama Aku Rasa Betul-Betul Disayangi Suami


Penulis Asal: Dila Mubarak

SETELAH 12 TAHUN KAHWIN, PERTAMA KALI AKU RASA SUAMIKU BETUL2 SAYANGKAN AKU.

Apa sebelum ni tak sayang ke?

Lebih dari sayang. Apa aku nak, suamiku beli tapi aku jenis yang jarang meminta. So aku sentiasa dapat walaupun tanpa diminta.

Susah senang dah kami lalui bersama. Zaman jatuh & zaman berdirinya kami hari ini. Kami harungi bersama. Apa tak sayang ke namanya tu?

Hadiah birthday aku baru ni, suamiku bagi kereta baru lebih luas & selesa untuk aku bawak anak2. Lagi, dia hadiahkan jam tangan yg aku duk usha2 sebelum ni. Harga? Aku tak nak la ckp kat sini.

Gila tak?

Tak gila pun. Dengan duit, kau nak apa saja kau boleh dapat insyaallah.

Cuma untuk sekian lamanya, kali ini aku rasa betul2 diri disayangi.

Ceritanya simple sahaja tetapi sangat memberi kesan dihatiku.

Suamiku seorg yang sangat sukakan aktiviti lasak. Aktiviti bersukan. Apa2 sajalah yang jenis keluar peluh dia memang suka.

Berbeza dengan aku. Tolonglah jangan bagi aktiviti yang panas & berpeluh memang aku tak akan join.

Aku akan sakit kepala & muntah.

Sekarang aktiviti tetap suamiku ialah berbasikal. Faktor usia kot hihiii.
Pantang ada masa free atau hari cuti, berbasikal dalam hutan dengan kawan2lah kerjanya.

Dari dulu aku tak pernah larang atau marah suamiku buat aktiviti yang dia suka. Walaupun aku rasa, eh3....dah ada masa tu duduk la rumah. Ini tak, ada je la aktiviti lasak dia.

Tapi aku tak bersuara pun. Aku biarkan saja dia buat apa yang dia suka. Jangan buat yang bukan2 dahlah... aku pancung dengan pedang samurai. Tapi pedang takde.

Kadang2 dia kena marah jugak time mood aku tak ok hihii...

Aku kata, "tak payah berbasikal lah petang ni. Tolong saya jaga anak. Saya penat."

Jawapan dia? "Ala kejap je."

Panas jugak aku bila orng tak dengar kata eheee.

"Saya kata saya penat. Abang tak boleh faham ke?"

"Kejap je!" Balas dia.

"Ok pergilah pergi. Tidur kat hutan tu." Marah benor.

Sedang mulut aku mengomel, elok je dia heret basikal keluar dari pagar. Langsung tak layan apa aku kata haahaa

Aku nak marah ke nak gelak? Time tu memang la rasa nak marah. Tapi perangai aku, marah time tu je. Lepas tu aku akan diam seribu bahasa.

Dia balik berbasikal nanti memang dia dah tahu aku akan jadi bisu sebisu bisunya. Takpelah dia sanggup isteri dia jadi bisu sementara.

Sebab lepas aktiviti berbasikal di hutan tu, dia penat & dia tidur.

Aku pulak tengok dia kecik besor kecik besor je..

Tapi memang aku tak kan bersuara. Dalam rumah cuma dengar suara anak2 jelah eheee

Itu time mood aku tak ok la. Bukan selalu..

Biasanya memang aku ON je tak pernah nak halang dia pun. Dah itu hobi yang dia suka, biarlah dia release tension dengan cara macam tu.

Aku dengan cara aku. Cara aku macamana? Lepas ambil anak2 balik sekolah setiap petang, aku pergi rumah mak aku. Aku lepak2 rumah mak aku sampai malam. Itu hobi aku.

So aku memahami dia & dia memahami aku. Cun. Cantik je hidup.

Al-kisah

2-3 bulan lepas suami ada bagitau aku,

"Sayang, bulan 5 nanti abang nak ke Lombok, Indonesia. Nak panjat Gunung Rinjani. Dalam 5-6 hari jugak abg pergi. Abg dah daftar semua dah."

Aku dengar macam tak dengar je..

Dalam hati aku, "amboi3... bukan nak tanya kita dulu sepatah. Terus bagi kata putus ni."

Dia tanya balik, "sayang dengar tak abg bagitau ni..."

Aku malas nak cakap banyak. Aku kata, "ikut abanglah. Buat jelah apa yang abg suka"

Eceeeee bunyi macam merajuk. Dah tu anak2 sekolah ni macamana? Aku nak kena siapkan anak2 seorang diri setiap pagi? Nak hantar? Nak ambil? Tak fikir aku ke? Aku membebel dalam hati je.

Sebab aku malas nak layan. Bukan ababg tanya pun boleh ke tidak. Abang terus bagi kata putus. So ikut suka abanglah.
Dalam hati je tu. Mulut tak bersuara.

Kami memang takde maid. 12 tahun kawin, kami membesarkan anak2 & uruskan rumahtangga kami sendiri tanpa air tangan orang luar. Aku tak suka. Aku rela penat uruskan rumahtangga sendiri, urusan kerja di ofis, ke KL boleh dikatakan setiap minggu atas urusan kerja. Aku rela. Aku tak suka ada orang asing dalam rumah apa lagi nak mintak uruskan anak2 aku. Hal rumah tangga biarlah aku buat sendiri janji aku puas hati. Hal kerja di ofis takpe.. aku serahkan staff yang uruskan.

Hari & bulan berganti. Dah masuk bulan 5 dah.

Time pergi KL hari tu, suami dah ajak aku temankan dia beli apa yang patut untuk rancangan dia panjat gunung tu.

Baju, kasut, bag entah apa lg. aku ikut je walaupun kaki rasa berat :p

Aku tanya "berapa hb abang pergi?"

"10 Mei" katanya.

"Owh ok."

Sehari sebelum sampai tarikh hari ni 10 Mei, maknanya semalamlah, anak2ku demam. Kakak demam. Adik demam. Abang cirit birit. Tiba2...aku pulak ntah macamana mata bengkak sebelah. Mataku kecik sebelah hihiiii kelakar pulak. Serentak.

Suami bawak aku ke klinik. Doktor kata jangkitan kuman kat tangan ni..jangan gosok2 mata dengan tangan. Guna kain. Ooo...gitu. Oklah.

Dalam perjalanan pulang rumah, suamiku bersuara...

"Abg tak pergi esok (10Mei). Abg dah cancel. Tak apalah walaupun semua abang dah bayar. Tiket flight semua dah beli. Abang tak jadi pergi"

Macam kena simbah air aku terkejut "eh kenapa pulak?"

"Abang tak sanggup nak tinggal sayang & anak2 dalam keadaan macam ni. Takpelah abang tak pergi. Ada sebab la tu tiba2 anak2 demam hari ni. Sayang pulak sakit mata tu. Kesian abg tengok"

Dalam hati aku ni.. nak suruh pergi ke tak payah? Nak suruh pergi ke tak payah? Kalau suamiku pergi, tak larat aku nak uruskan anak2 ni sorang2. Kalau dia tak pergi, aku kesian pulak. Sudahnya aku diam je.

Dah balik rumah, makan ubat, bagi anak2 minum Susu Rizqi, lepas tu masing2 dah segar bugar. Aktif dah weiiii mata aku pun dah surut sikit.

Aku pun cakap pada suami aku, "abang nak pergi esok, abng pergilah. Mata saya dah makin ok lepas makan ubat td. Anak2 pun dah nampak ok. Abang pergilah nanti abg kecewa pulak tak dapat join."

Memang ikhlas hati aku cakap "abang pergilah.....

Dia balas, "tak apa abang nak jaga sayang & anak2. Keluarga kita segalanya untuk abg. Mungkin next time abang join."

Kembang setaman hati aku. Ingat senang nak dengar suami aku cakap macam tu??? Mimpilah eheee

Pastu aku cakap pada suami aku, "Dah 12 tahun kawin, kali ni saya rasa abang betul2 sayangkan saya. Terima kasih abg."

Suamiku senyum & balas "sama2 syg..."

Sangat memberi kesan dihatiku.

Pengajarannya bagi aku.. tak semestinya harta benda itu bukti kita sayangkan seseorang. Tak semestinya harta benda itu buat orang yng kita sayang bahagia..

Tapi kadang2 dengan sikap prihatin yang kita berikan cukup memberi kesan di hati seseorang.

Terima kasih kerana sudi baca cerita saya yang tak seberapa hingga nokhtah terakhir -:)

No comments

Powered by Blogger.