Header Ads

Seorang Lelaki Diperkosa Tiga Hari Berturut-Turut Oleh Tiga Wanita Sehingga Trauma

Seorang lelaki di Afrika Selatan dipercayai menjadi mangsa rogol oleh tiga wanita yang menculiknya dalam masa tiga hari kini trauma akibat kejadian itu.

Penderitaan lelaki yang berusia 23 tahun itu dikatakan bermula apabila dia dipercayai menaiki teksi komuniti di timur Pretoria, Jumaat lalu, yang di dalamnya dikatakan ada tiga wanita dan lelaki terbabit diarahkan duduk di bahagian depan teksi terbabit.


Melalui laporan Daily Mail yang memetik TimesLive melaporkan, lelaki terbabit kemudiannya telah disuntik dengan sesuatu bahan yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri iaitu pengsan.

Menurut jurucakap polis Afrika Selatan, Kapten Colette Weilbach, apabila mangsa tersedar, mangsa dikatakan mendapati dia berada di atas katil di dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya.

Polis Afrika Selatan mengambil serius akan semua laporan kesalahan seksual yang dilaporkan tanpa mengira jantina, jelasnya.

Tiga wanita berkenaan telah memaksa mangsa meminum minuman tenaga sebelum bergilir-gilir merogolnya beberapa kali sehari.


Mangsa kemudiannya ditinggalkan di satu kawasan lapang dalam keadaan separuh bogel dan terpaksa menumpang kereta orang awam yang melalui kawasan berkenaan untuk pergi ke balai polis bagi membuatlaporan tentang kejadian yang telah menimpanya.

Menurut jurucakap berkenaan, ramai mangsa lelaki yang mengalami kes sedemikian tidak membuat laporan polis berbanding wanita kerana menganggap polis tidak mengambil serius kes mereka, jelasnya lagi.

Jenayah dan keganasan seskual di Afrika Selatan semakin meningkat dan dianggarkan lebih setengah juta kes rogol berlaku setiap tahun di negara itu.

Jurucakap Pertubuhan Mangsa (Lelaki) Penderaan Seksual Afrika Selatan, Rees Mann, berkata hampir 20 peratus jenayah seksual membabitkan lelaki sebagai mangsa dilaporkan. - Harian Metro.

No comments

Powered by Blogger.