Header Ads

Seorang Wanita Terjumpa Anak Dan Telur Lipas Dari Dalam Kurma Yang Dibeli Jadi Tular


Gempar di media sosial apabila beberapa gambar yang memaparkan buah kurma yang berjenama berbisik mengandungi anak lipas yang membuatkan netizen terkejut.

Tiga gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali Siti Norbaya Binti Sabaran dan beliau mendakwa, hampir setiap kali dia menjumpai anak-anak lipas di dalam buah kurma yang dibelinya itu.

"Nak bulan puasa ini, pasti ramai yang akan membeli kurma. Tak kiralah masa bulan puasa atau tidak, ramai yang beli kurma. Tetapi di sini, kalau korang semua nak beli kurma, tolong kopek dulu buah kurma itu.

"Ada biji atau tak ada biji, pastikan kopek dulu. Korang perlu tengok bahagian dalam buah kurma itu. Setiap kali beli kurma, mesti ada anak lipas di dalamnya. Tak kiralah buah kurma mahal ke, murah ke, beli di pasar malam ke, beli di shopping mall ke.



"Perkara ini bukan sekali saja terjadi, hampir setiap kali bila beli kurma. Kalau kopek, mesti ada lipas di dalamnya. Bukan sebiji, dua biji. Mesti confirm berbiji-biji.

"Saya hanya sampaikan pesanan saja sebab tak nak tengok korang pun makan lupas juga. Lagi sedap makan nasi dari makan lipas," katanya.

Apa saja jenama buah kurma yang dibeli, orang ramai dinasihatkan agar melihat terlebih dahulu seperti yang dikatakan oleh Siti Norbaya dan tidak salah sekiranya kita berhati-hati untuk kebaikan kesihatan serta keluarga. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.