Header Ads

Setelah Kematian Suami, Keluarga Berebut Inginkan Harta Sehingga Isteri Si Mati Terpaksa Merempat, Mereka Sebenarnya Lupa Satu Perkara..

Perginya orang tersayang buat selama-lamanya, seorang suami yang amat dikasihi, yang selama ini menanggung segalanya dan memastikan kehidupan keluarga terbela serta cukup makan dan pakai, kini tiada lagi setelah dijemput Ilahi.

Setelah suami pergi, si ibu terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak untuk meneruskan kehidupan serta terpaksa membanting tulang mencari rezeki untuk kehidupan seharian.

Tetapi, mungkin ramai yang masih tidak tahu atau belum pernah mengetahui tentang ini yang mana setelah seorang isteri itu yang kematian suaminya, maka tanggungjawab mencari nafkah untuk anak-anaknya adalah menjadi tanggungjawab kepada walinya sama ada datuknya atau pakciknya sebelah suami, bukannya tanggungjawab si isteri itu tadi.

Satu perkongsian daripada Puan Rahimah Rosli ini menceritakan kisah benar yang telah berlaku dalam masyarakat Melayu pada hari ini, di mana kebanyakan orang Melayu kita tidak menyedari perkara seperti ini sedang berlaku di sekeliling kita. Kasihan pada si isteri yang terpaksa menanggung seksa setelah kematian suami.


Oleh: Rahimah Rosli

Tanggungjawab Anak-Anak Jatuh Kepada Wali

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu.

(Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, TV Al-hijrah).
Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki, bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.

Apabila agama itu diambil separuh-separuh,yang memihak padanya diambil, yang memberi rugi padanya ditinggal. Saya bukanlah ustazah nak cakap pasal agama, tapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

Setelah Suami Meninggal, Keluarga Suami Mohon Segera Dibahagikan Harta

Semasa hidup si mati org susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupon semuanya kerja best-best.

Rezeki anak2 si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu) Simpanan si mati ada dalam 10k dalam bank. Ada sebuah rumah dan sebidang tanah.

Si mati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak2 taklah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak2. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik-beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin. Si mati tiada anak lelaki, so harta2 si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik-beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak2, ibu simati dan adik-beradik si mati.

Mengikut Faraid Hak Isteri Paling Sedikit

Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit (orang Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Lansung tak pedulikan perasaan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas, dalil-dalil bab pembahagian faraid.

Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ,atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual, dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

Celah mana mahu cari 150k? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak2, dengan jumlah yg si balu dapat dan anak2 si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

Bermulalah episod merempat si anak2 yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri. Duit simpanan, tanah sebidang, rumah dijual siwaris. Harapan simati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali.

Waris2, semua lesap lepas dapat bahagian masing2. Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2. Ada cikgu, da pegawai kerajaan, ada golongan profesional, malah kaki masjid pun ada. Tapi sayang, bab tanggungjawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.

Walaupun berhak pada harta si mati,tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh-separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak2 si mati, tempat tinggal, pakaian dan makan minum)

Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini, berubahlah, dan semoga dijauhkan keturunan kita adik2 kita, suami kita, anak2 kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak2 yng belum baligh,w ajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang2 di bawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati?

Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali-wali unttk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi si yatim adalah perempuan), dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban dan juga membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

Ingat ye! Dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

No comments

Powered by Blogger.