Header Ads

SUBHANALLAH! Jenazah Thaqif Tidak Mereput Dan Tidak Berbau Setelah Digali Semula Oleh Pihak Hospital


SHAH ALAM - Pusara pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia pada 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula semalam oleh pihak hospital dengan kebenaran pihak mahkamah dan juga disaksikan oleh polis.

Berita itu tersebar setelah perkongsian daripada bapa saudara Allahyarham, Mas Arip memaklumkan kepada majalah Mingguan Wanita, semalam.

Menurut laporan itu, jenazah Mohamad Thaqif harus digali semula bagi mendapatkan sampel untuk mencari punca kematian arwah yang sebelum ini dikatakan tidak menemui apa-apa, katanya.

Amat mengejutkan apabila diberitahu jenazah arwah yang telah dikebumikan hampir sebulan lalu didapati langsung tidak mereput atau pun berbau walaupun kaki arwah telah dipotong, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila tubuh pelajar tahfiz ini yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor, masih lagi dalam keadaan elok seoalh-olah seperti baru sahaja dikebumikan semalam, jelasnya.

Mas Arip turut memberitahu, dia bersama-sama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga bagi menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Mohamad Thaqif telah mendapat perhatian hampir seluruh dunia dan menjadi tular setelah dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor, beberapa minggu lalu.

Sehingga sekarang kes berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, malahan pembantu warden yang dipercayai memukul arwah Thaqif telah pun dibebaskan tanpa dilepaskan akibat kekurangan bukti yang menyatakan beliau bersalah.

Baca: Saya Ingin Hafaz Al- Quran Kerana Ingin Membawa Mama Bersama Masuk Ke Syurga

No comments

Powered by Blogger.