Header Ads

Susulan Staff Tuduh Pelanggan Mencuri, Domesky Tampil Memohon Maaf Pada Andrew Ho Sekeluarga


KUALA LUMPUR - Satu kes yang membabitkan seorang pelanggan Domesky yang mendakwa dia dan keluarganya telah dituduh mencuri tetapi didapati tidak bersalah selepas dibuat siasatan serta pekerja yang menuduh tidak memohon maaf, pengurusan Domesky tampil membuat permohonan maaf.

Baca: Tergamak Kamu Menghina Ibu Saya Bodoh

Menurut pengurusan Domesky, dakwaan tiada permohonan maaf seperti yang didakwa dan kini jadi tular di media sosial adalah tidak benar sama sekali. Pihak pengurusan Domesky sebenarnya telah pun mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Andrew How dan keluarganya, semalam melalui laman sosial rasmi Facebook Domesky.



Melalui kenyataan berkenaan, pihak Domesky menyatakan kekesalannya di atas apa yang telah berlaku serta meminta maaf di atas tindakan pekerjanya yang terlibat dalam kes berkenaan yang kini menjadi bualan netizen di media sosial.

Pihak pengurusan Domesky juga menyatakan, pihaknya akan menjalankan siasatan serta akan mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang terlibat dengan kes berkenaan. Domesky juga mengatakan pihaknya juga telah pun menghubungi Andrew Ho bagi menyelesaikan kes serta masalah yang telah berlaku itu.

Diharap kejadian seperti ini dijadikan pengajaran kepada semua agar tidak berbuat perkara sedemikian dengan melakukan pertuduhan tanpa menyiasat dan tiada bukti. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.