Header Ads

Tabiat Lihat Telefon Ketika Sebelum Tidur Akan Menyebabkan Mata Seseorang Itu Menjadi Buta

Melihat telefon bimbit ketika sebelum tidur di dalam gelap adalah sangat memberhaya kepada pengguna kerana ia dikatakan boleh mengakibatkan mata seseorang pengguna telefon itu menjadi buta sementara.

Kredit Foto -  Huffingtonpost
Memetik laporan dari laman The Guardian, satu kajian yang telah dilakukan oleh The New England Journal Medicine menyatakan kekerapan seseorang individu itu melihat telefon ketika di dalam suasana yang gelap di mana keseluruhan ruang sekeliling kita hitam, boleh menyebabkan penglihatan seseorang menjadi rosak.

Seperti yang dilaporkan, terdapat dua kes yang berkait dengan kes buta sementara itu, setiap kali apabila bangun dari tidur di waktu pagi, mereka berisiko kehilangan penglihatan untuk selama 15 minit.

Melalui kajian pula, punca kedua-dua pesakit itu yang menjadi buta sementara adalah disebabkan tabiat yang mereka sering lakukan iaitu dengan melihat telefon bimbit ketika dalam gelap sambil berbaring sebelum tidur.

Ketika sedang berbaring, setiap individu itu lebih cenderung menggunakan hanya satu mata sahaja, manakala sebelah mata lagi akan tertutup.

Anda disarankan menjaga mata anda dengan baik dan anda harus mengelakkan perkara sebegini agar perkara yang tidak diingini tidak akan terjadi. Jagalah mata kita sendiri kerana tiada sesiapa dan bukannya orang lain yang akan menjaga mata kita melainkan diri kita sendiri. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.